Sejarah Pentadbiran

Written by Super User. Posted in Profail Jabatan

Sejarah Pentadbiran

Sejarah awal Pentadbiran Awal Pokok Sena bermula dengan operasi sebuah daerah kecil (sub-district) kepada Daerah Kota Setar pada tahun 1982 iaitu melalui operasi sepenuhnya Pejabat Tanah Pokok Sena sebagai sebuah Pejabat Tanah Daerah mulai 02 Januari 1993. Tetapi urusan pentadbiran Daerah, perlaksanaan program pembangunan luar bandar, perjawatan dan kawalan kewangan masih terletak dibawah Pegawai Daerah Kota Setar. Manakala pentadbiran kerajaan tempatan berada dibawah kawalan Majlis Bandaraya Alor Setar.

 

Semasa pentadbiran ini mula dibuka pada 02 Januari 1993, hanya terdapat 13 kakitangan termasuk Pentadbir Tanah Daerah. Beberapa bulan selepas itu, terdapat pertambahan kakitangan hingga sekarang termasuk kakitangan yang dipinjamkan dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG), serta unit Taskforce dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG). Strategi Pejabat Tanah supaya dapat mengurus dan mengelola pembangunan tanah dan meningkatkan hasil negeri mengikut undang-undang tanah yang berkaitan.

Bagi meningkatkan kebersanan perkhidmatan jentera kerajaan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 26 Disember 2001 telah memperakukan cadangan menaik taraf Daerah Kecil Pokok Sena sebagai sebuah daerah penuh. Cadangan ini telah direalisasikan melalui keputusan Jemaah Menteri Malaysia pada 26 November 2006 bersetuju menaik taraf Daerah Kecil Pokok Sena kepada sebuah Daerah Penuh-Daerah ke 12 Negeri Kedah Darul Aman dan diwartakan dibawah seksyen 11 KTN 1965. Dengan itu Pejabat Daerah Pokok Sena beropersi sepenuhnya pada 02 Disember 2007.

Upacara Majlis Perisytiharan Daerah Pokok Sena dan Perasmian Kompleks Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 05 Februari 2009 bersamaan 09 Safar 1430H.

WEB MOBILE

Scan QR code anda di bawah

qrcodeptps

Mobile Version

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Audio | Video


       

 

Pelawat

65587
Hari IniHari Ini51
SemalamSemalam54
Minggu IniMinggu Ini317
Bulan IniBulan Ini874
KeseluruhanKeseluruhan65587

Kemaskini

Tarikh
General update: 29-11-2017 06:16