Pengurusan Tanah

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Soalan :
Sekiranya seseorang pemohon diluluskan pemberimilikan tanah kerajaan dan dikehendaki membayar premium dalam tempoh 3 bulan daripada surat di terima tetapi tidak dapat menjelaskan bayaran berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, bolehkah pemohon merayu melanjutkan tempoh bayaran tersebut?

Jawapan :
Pemohon Boleh membuat rayuan bagi melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat,pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.

Soalan :
Bagaimanakah caranya untuk memanjangkan tempoh pajakan hakmilik tanah kepada 99 tahun ataupun tempoh tertentu sekiranya hakmilik tanah sedia ada hanya mempunyai baki tempoh pajakan yang hampir luput?

Jawapan :
Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah .Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Soalan :
Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan?

Jawapan :
Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru ( menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah di daerah dimana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan semula.

Soalan :
Siapakah yang boleh memohon tanah milik yang telah luput tempoh pajakan dan pemilik asalnya telah meninggal dunia?

Jawapan :
Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara(KTN) boleh memohon dan dipertimbangankan. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada waris-waris pemilik asal, jika ada permohonan.

WEB MOBILE

Scan QR code anda di bawah

qrcodeptps

Mobile Version

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Audio | Video


       

 

Pelawat

65587
Hari IniHari Ini51
SemalamSemalam54
Minggu IniMinggu Ini317
Bulan IniBulan Ini874
KeseluruhanKeseluruhan65587

Kemaskini

Tarikh
General update: 29-11-2017 06:16